< Browse > Home / Selepas Bersalin / Akar Herbanika Kecil Nona Roguy

Cara Beli Akar Herbanika Kecil Nona Roguy

pembelian terus

Akar Herbanika Kecil Nona Roguy

Akar Herbanika digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan wanita selepas bersalin. Juga digunakan bagi melawaskan pembuangan air kecil, untuk mengencangkan otot-otot tubuh dan membantu mengurangkan berat badan, keletihan dan sakit-sakit sendi. Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.

Khasiat Akar Herbanika Kecil

  • Minuman antioksidan ini membantu menyegarkan urat saraf, memperbanyakkan pengeluaran susu ibu, mengurangi air berlebihan dalam badan.
  • Melawaskan sistem pembuangan air kecil, meringankan badan.
  • Membantu memecahkan lemak degil serta mengatasi keletihan dan sakit sendi serta sejuk-sejuk dan juga mengawal bau badan.

Kandungan Akar Herbanika Kecil

Sireh Melayu (Piper Betle Folium)

Sireh terbukti secara saintifik mengandungi minyak sari (kadinen, kavikol, sineol, eugenol, karvakol) ini digunakan untuk mengubati keputihan, nafas @ badan berbau, batuk, radang selaput lendir mata, trauchoma, jantung berdebar-debar, kemurungan, demam selepas bersalin, air susu terlampau banyak dan sariawan.

Temulawak (Curcuma Xanthorrhiza rhizom)

Temulawak mempunyai khasiat laktoga, kaloga, antiinflamasi, tonikum dan diuretic. Biasanya digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti rheumatik dan kesakitan pada otot, masalah hati, demam kuning dan penyakit batu karang, menghilangkan kekejangan, buasir dan masalah kerengsaan pada rektum merawat, masalah sembelit, masalah keputihan dan gastrik dan gas berlebihan.

Misai Kucing (Orthosiphon aristatus folium)

dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Dapat juga merawat penyakit lain seperti ghout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. Arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah), Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.

Ketapang (Terminalia catappa cortex)

Bijinya boleh melawaskan pembuangan air besar. Buahnya boleh merawat demam panas, cirit birit dan asma. Daunnya boleh merawat reumatik dan dapat menghentikan cirit birit dan batuk berdarah. Kulitnya boleh merawat demam panas, cirit birit, disenteri dan pendarahan rahim. Juga mengubati bisul dan mengurangkan sakit puting payudara bagi ibu yang menyusukan bayi.

Halia (Zingiber Officinale Rhizom)

Mempunyai nilai perubatan sebagai anti flatulan, laxatif, antasid, mengalakkan perpeluhan, menghentikan permuntahan, anti bakterial, anti kovulsan, analgesik, anti ulser, sekretori anti gastrik, anti kulat, anti spasmodik, anti allergernik, anti kogulan dan anti mikrobial.

Secara tradisional digunakan untuk membantu penghadaman, merawati ketidakselesaan perut, mengurangkan inflamasi, ulseratif kolitis, menurunkan tahap kolesterol, melegakan penimbunan gas, anti flatulan, merangsangkan perjalanan darah, melegakan kekejangan dan melegakan kesakitan.

Cara Guna Akar Herbanika Kecil

  1. Disyorkan rebus 2-3 peket  Akar Herbanika dalam 1 liter air panas sehingga mendidih.
  2. Simpan di dalam termos.
  3. Setiap kali minum, masukkan 1 sudu the madu lebah asli sebagai penawar, penguat darah, anti bakteria dan sumber tenaga.
  4. Minum Suam panas, suam, suam sejuk.

(2 peket boleh diulangi selama beberapa hari sehingga cair, gantikan dengan peket yang baru)

 Untuk Amalan Kesihatan

  • Individu-1 mug setiap kali minum (3 kali sehari) - 1 atau 2 uncang Akar Herbanika dicampurkan dengan 1 mug air mendidih. Jika terlalu pekat boleh ditambah air sehingga menjadi seperti air teh cair. Boleh dicampur dengan madu lebah untuk menyedapkan teh herba ini. Minum air Akar Herbanika suam-suam panas.
  • Seisi keluarga-1 mug setiap kali minum (3 kali sehari) - 2 atau 3 uncang Akar Herbanika dicampurkan dengan 5 cawan / 1 teko air mendidih. Jika terlalu pekat boleh ditambah air sehingga menjadi seperti air teh cair. Boleh dicampur dengan madu lebah untuk menyedapkan teh herba ini. Minum air Akar Herbanika suam-suam panas.
  • Minuman penghilang dahaga - Air Akar Herbanika dengan manisan madu lebah asli yang disejukkan dalam peti sejuk adalah minuman penyegar seharian seisi keluarga untuk menghilangkan dahaga. Berkhasiat melegakan kekeringan tekak dan ketidakselesaan kerongkong.

No Pendaftaran KKM: MAL19972865T

Kandungan Akar Herbanika Kecil: 15 T-bags (Kecil)

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Soalan-Soalan Lazim Berkenaan Pembelian

Soalan: Saya pernah kena tipu dengan peniaga online sebelum ni, jadi boleh percaya ke dengan seks2u.com?

Jawapan: SEKS2U bukanlah anak kecil dalam bidang perniagaan online. Kami telah lama berniaga online. Kami bukan seperti kedai-kedai online lain yang tumbuh seperti cendawan dan kemudian hilang tanpa berita. Anda perlu yakin dan percaya dengan KAMI kerana :-

  1. SEKS2U berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
  2. SEKS2U mempunyai premis perniagaan di Shah Alam, Selangor.
  3. SEKS2U mempunyai akaun dengan Pos Laju. Ini no akaun kami 8800249970. Anda boleh call Pos Laju dan tanya pada mereka siapa pemilik akaun ini.
  4. SEKS2U merupakan pemborong produk-produk kesihatan lelaki dan wanita. Kami juga merupakan stokis Bio-Asli, Malam Jumaat, Askmara, Sensa & Ayuzip, Erotica dan lain-lain lagi.

Soalan: Berapa lama produk yang saya pesan akan sampai?

Jawapan: Kami menggunakan pos laju dalam urusan penghantaran produk. Untuk semenanjung Malaysia, kebiasaanya anda akan menerima produk anda dalam masa 1-2 hari dan bagi Sabah/Serawak antara 1-5 hari. Ini semua bergantung pada lokasi anda. Jika anda tinggal dibandar-banda besar, biasanya sehari anda sudah dapat produk anda. Jika anda tidak menerima produk anda selepas 3 hari, sila hubungi kami semula. Kami akan cuba bantu anda.

Soalan: Saya kerja jadi boleh ke hantar ke pejabat?

Jawapan: Saya amat galakkan kepada mereka yang bekerja agar produk yang anda pesan dipos ke pejabat anda. Anda akan dapat produk tersebut ke tangan anda.

Soalan: Takpe ke? Saya ni pemalu. Saya takut kawan pejabat/rumah tahu apa yang saya beli.

Jawapan: Usah risau. Kami telah menjalankan perniagaan intenet hampir 2 tahun. Setiap produk akan dibungkus kemas dan mustahil untuk kawan-kawan tahu apa yang anda beli kecualilah anda sendiri yang tunjukkan pada mereka. Pos Laju akan hantar bungkusan ke tangan anda. Jika anda tiada dirumah, mereka takkan sama sekali letak bungkusan dalam peti surat anda. Pos Laju akan meminta tandatangan anda selepas bungkusan diserahkan pada anda. Jadi anda tidak perlu risau. Pesanan anda pasti sampai. Jika hilang sekali pun, kami akan cari dan gantikan untuk anda.

Soalan: Boleh terangkan secara ringkas macam mana nak order?

Jawapan: Ok, begini, anda klik pada nama produk yang anda nak beli pada menu disebelah kanan. Ada dua kategori iaitu Produk Lelaki dan Produk Wanita. Kemudian anda akan dibawa ke muka surat berkaitan. Disana terdapat kategori yang berkenaan dan senarai produk. Disana terdapat senarai produk dan cara membeli tetapi secara ringkasnya selepas anda membuat pembayaran:-

  1. Anda perlu sms mengikut format kami dan hantar ke 013-6745006.
  2. Pesanan anda akan diproses oleh staff kami dalam masa 24 jam dan anda akan menerima tracking kod dari kami(hari bekerja saja).
  3. Ingat, anda akan menerima tracking kod dari kami dalam masa 24 jam(hari berkerja). Jika dalam masa 24 jam anda tidak menerima tracking kod, sila hubungi support di 013-2311588.
  4. Setelah pesanan anda dipos. Anda akan menerima sms dari sistem kami yang mengandungi tracking number pos laju. Anda boleh menyemaknya di www.poslaju.com.my atau hubungi 1300-300-300

Contoh araham sms kami, Nama produk&kuantiti, nama anda, alamat anda, jumlah bank in, nama bank, tarikh dan masa bank in.

Soalan: Saya masih tak yakinlah. Boleh ke saya datang jumpa tuan, ambil produk dan bayar pada masa tu?

Jawapan: Boleh saja. Jika anda ragu-ragu,anda boleh datang beli terus dengan kami di seksyen 15, Shah Alam, Selangor. Sila hubungi support di 013-2311588. Waktu operasi 10 pagi - 5 petang. Untuk kawasan sekitar KL dan Putrajaya, sila hubungi Wan, 012-2616792.

Entries (RSS) | Comments (RSS) | Sitemap

© 2008-2011 seks2u.com